Setelah dibuat perbincangan, pihak syarikat bersetuju memberi kelonggaran kepada Agen Jualan yang dipilih oleh Perintis Stokis Negeri membuat pesanan produk mengikut kemampuan Agen.
Ini adalah untuk memberi kemudahan bagi yang benar-benar serius dalam penjualan produk wangian kereta Bayu Perfumes.
Perintis Stokis Negeri bertanggungjawab diatas apa-apa sahaja yang melibatkan transaksi produk atau kewangan yang dibuat oleh Agen Jualan masing- masing.
Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab diatas apa-apa transaksi yang meragukan.
Pengesahan pengeluaran dan penghantaran produk kepada Perintis Stokis Negeri, Agen atau terus kepada pembeli mestilah disertakan dengan resit pembayaran yang sah.
Apa yang penting adalah kejujuran di dalam menjalankan perniagaan ini.
Terima kasih kepada rakan-rakan semua.
Diharap dengan peluang ini kita sama-sama dapat menjana ekonomi keluarga dan ummah.
0 ulasan:
Catat Ulasan