Selasa, 14 Julai 2015

Selasa, 9 Jun 2015

Pelan Pendapatan Bayu

0

Bayu Group
PENGENALAN
Bayu Perfumes baru sahaja dijenamakan pada bulan April 2015 dan mula di pasarkan pada awal bulan Mei 2015.
Tumpuan produk utama Bayu buat masa ini ialah Wangian Kereta dan Rumah bersama Isian Semula (refill) di dalam bekas berkotak dan akan menyusul produk-produk yang lain seperti wangian badan, sabun mandian, dan produk berbentuk penjagaan diri dan keluarga.
Selama lebih sebulan produk wangian kereta dan rumah ini memasuki pasaran online dan offline sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana produk wangian bersama isian semula ini masih belum ada saingan dan boleh dibeli dengan harga yang mampu milik dan murah.
Dalam proses masa berjalan sehingga sekarang ramai yang sudah mula berminat untuk menjadi pengedar produk Bayu walau pun tidak terlalu drastik penambahan rakaniaga.
Menyedari potensi perkembangan perniagaan yang perlu direbut bersama rakan-rakan yang tetap setia sejak dari dulu lagi, syarikat ingin mempelawa rakan-rakan turut merebut dan menjayakan program yang baru ini menggantikan projek perintis usahawan Bayu.
Bukan projek perintis ini tidak berjaya cuma perkembangan perjalanan Bayu perlu dirancakkan lagi dengan program yang baru.

KELEBIHAN PRODUK WANGIAN BAYU
* Tiada saingan
* Mampu milik dengan harga yang murah
* Disediakan dalam bekas kotak yang mudah dibawa
* Mempunyai 2 botol : 1 botol terusguna dengan isian 8ml dan botol isian semula yang boleh diisi sehingga 4 kali kedalam botol 8ml.
* Wangian boleh bertahan sehingga hampir 4 bulan.

PERJALANAN  PROGRAM BARU Pelan Pemasaran

Daftar Rakaniaga Bayu Perfumes
Pakej Lavender 30 : RM30
Pakej Vanilla 60. : RM60

PENDAPATAN PERTAMA
KOMISEN MEMPERKENALKAN RAKANIAGA BARU MENGIKUT PAKEJ

CONTOH PAKEJ LAVENDER 30
A memperkenalkan B
A akan mendapat komisen peringkat 1 sebanyak RM4

B memperkenalkan C
A akan mendapat komisen peringkat 2 sebanyak RM3

C memperkenalkan D
A akan mendapat komisen peringkat 3 sebanyak RM2

CONTOH PAKEJ VANILLA 60
A memperkenalkan B
A akan mendapat komisen peringkat 1 sebanyak RM10

B memperkenalkan C
A akan mendapat komisen peringkat 2 sebanyak RM5

C memperkenalkan D
A akan mendapat komisen peringkat 3 sebanyak RM3

Komisen sehingga 3 peringkat
Tiada had masa
Tiada had perkenalkan rakaniaga
Tiada pembaharuan keahlian

PENDAPATAN KEDUA
INSENTIF

Insentif akan diberikan kepada rakaniaga yang aktif memperkenalkan rakaniaga baru

Insentif Tetap dan Insentif Promosi
akan diumumkan setiap masa

PENDAPATAN KETIGA
KEUNTUNGAN MELALUI AGEN YANG DILANTIK OLEH RAKANIAGA
Rakaniaga boleh melantik agen yang tidak berminat untuk mejadi ahli Bayu Group.
Hanya berminat sebagai penjual sahaja.
Rakaniaga boleh menjual kepada Agen dengan harga RM22 sekotak.
Keuntungan untuk rakaniaga sebanyak RM4 sekotak.
Contoh Agen seperti kawan, pemilik premis dan sesiapa saja yang hanya berminat menjual sahaja.

PENDAPATAN KEEMPAT
KEUNTUNGAN RUNCIT
Untuk mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan Rakaniaga boleh menjual terus kepada pelanggan.
Keuntungan jualan sendiri sebanyak RM10 sekotak.

Dalam program Bayu Group, rakaniaga mendapat 4 pendapatan secara harian dan bulanan. PERFUMES
Syarikat percaya untuk merancakkan lagi perkembangan Bayu Perfumes perlu ada perkongsian pendapatan bersama diantara syarikat dan rakaniaga.
Perlu ada penyertaan rakan-rakan baru setiap masa dan pengeluaran produk bertambah dari masa kesemasa.
Untuk itu syarikat mewujudkan program yang dinamakan BAYU GROUP berkonsepkan pendapatan komisen dari penyertaan rakan baru dan insentif yang menarik dan mudah.
Syarikat menyediakan pelan pendapatan yang senang dicapai oleh rakanniaga untuk menjana pendapatan sampingan.

PELAN PENDAPATAN BAYU
1. Komisen perkenalkan rakaniaga baru
2. Insentif pencapaian kumpulan.
3. Tiada had masa untuk pencapaian perkenalkan rakaniaga baru dan pencapaian kumpulan.
4. Yang menarik ialah tiada maintain bulanan dan renew keahlian.
5. Permulaan modal yang rendah.

Syarikat menyediakan 2 pakej pilihan untuk menjadi rakaniaga Bayu Group.
Pakej Lavender : RM30
Pakej Vanilla : RM60

PAKEJ LAVENDER RM30
Bermula dengan modal sebanyak RM30 rakaniaga akan diberikan sekotak wangian Lavender atau boleh dipilih jika diberitahu kepada syarikat.
Rakan memperkenalkan rakaniaga baru akan diberikan komisen sehingga 3 peringkat.
Peringkat 1 : RM4
(yang diperkenalkan oleh anda)
Peringkat 2 : RM3
(yang diperkenalkan oleh rakan baru anda)
Peringkat 3 : RM2
(yang diperkenalkan oleh rakan kepada rakaniaga baru anda)

* Jika ada rakaniaga yg mengambil Pakej Vanilla dari rakaniaga Pakej Lavender, komisen akan dibayar mrngikut Pakej Lavender.
* Rakaniaga Lavender boleh mendapatkan atau naik taraf ke Pakej Vanilla pada bila-bila masa yang dirasakan perlu dan bila mempunyai modal.

PAKEJ VANILLA
Bermula dengan modal sebanyak RM60 rakaniaga akan diberikan sekotak wangian Vanilla atau boleh dipilih jika diberitahu kepada syarikat.
Rakan memperkenalkan rakaniaga baru akan diberikan komisen sehingga 3 peringkat.
Peringkat 1 : RM10
(yang diperkenalkan oleh anda)
Peringkat 2 : RM5
(yang diperkenalkan oleh rakan baru anda)
Peringkat 3 : RM3
(yang diperkenalkan oleh rakan kepada rakaniaga baru anda)

KELEBIHAN PAKEJ VANILLA
* Boleh memperkenalkan rakaniaga baru mengambil Pakej Lavender dan Pakej Vanilla dengan komisen yang disediakan.
* Insentif yang cepat dan tinggi

KENAPA PERLU MENJADI AHLI BAYU
1. Untuk melayakkan anda mendapat komisen dan insentif walau pun tidak membuat pembaharuan keahlian setiap bulan.
2. Untuk mendapatkan insentif-insentif menarik yang disediakan syarikat.
3. Dapat membeli produk Bayu dengan harga borong.
4. Berpeluang mengajak rakan-rakan baru bersama Bayu dan anda diberikan komisen dan insentif.
5. Ada 2 cara pendapatan dalam Bayu
* Keuntungan jualan peribadi
* Perkenalkan rakanniaga baru
6. Mendapat harga borong sekotak Wangian Kereta Bayu berharga RM18, bukan ahli RM22.
7. Grup sokongan dalam Whatsapp bersama rakaniaga aktif yang sedia membantu.
8. Disediakan bahan-bahan promosi online dan offline.

PROMOSI PELANCARAN BAYU GROUP
OPPO NEO SEUNIT atau TUNAI RM560
Insentif perkenalkan 50 rakaniaga Vanilla baru sahaja sehingga 30hb Jun 2015

Sabtu, 16 Mei 2015

Ceritakan Kelebihan Produk

0

Kita gagal menjual
Tunjuk produk, letak atas meja dan biarkan pelanggan belek-belek dan letak semula. Penjualan cara bisu, semyum dan simpan balik.

Kita tiada kesungguhan
Pelanggan tak tau apa-apa yang anda telah tahu.
Jangan berat mulut...ceritakan kelebihan produk..buka, keluarkan dari kotak, biar pelanggan memegang botol dan mencium wangian produk anda.
Ceritakan jika anda membeli produk ini cukup menjimatkan dari segi kewangan, katakan dengan hanya RM28 umpama anda membeli 5 botol wangian berharga RM50...jimat RM22
Ceritakan ketahanan bauan sehingga hampir 4 bulan
Wangian pilihan ramai dan apa2 yang berkaitan dengan wangian kereta.

Ceritakan dengan bersungguh-sungguh..InsyaAllah akan ada jualan dari pelanggan anda.
Amalkan dan buat selalu sebagai latihan utk memahirkan diri di dalam bidang penjualan.

KENAPA GAGAL DAN BAGAIMANA BERJAYA

0

KENAPA GAGAL DAN BAGAIMANA BERJAYA
—————  ————
Sila take noted.
 Kenapa ramai usahawan gagal adalah disebabkan ATTITUDE (SIKAP) yang suka menyalahkan orang lain. Bagi mereka, Life is so Easy by blaming others.
 Kenapa ada orang yang berjaya & ada yang gagal. Ianya terletak kepada bagaimana mereka buat KEPUTUSAN.
 Tanda orang yang berjaya, mereka sentiasa BERSEDIA. Be Prepared. Ini kerana, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi jika kita bersedia.
 Jika seseorang itu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah semua yang benda yang dia buat pasti bersungguh-sungguh. How you do anything, Is how you do Everything.
 Orang yang berjaya, hatinya luas. Bukan kecil yang suka sentap & merajuk.
 Orang yang berjaya, apabila mereka mulakan sesuatu, mereka akan akan lakukan dengan terbaik sehingga habis. Orang gagal pula sebaliknya.
 Orang yang berjaya, mereka pantas buat KEPUTUSAN, Serius dengan apa yang mereka buat & sentiasa berikan 100% komitmen.
 Untuk orang suka beli produk kita, kita perlu sukakan Allah terlebih dahulu. Cari keberkatan.
 Untuk jadi orang yang berjaya, perlu berkawan dengan orang yang lebih berjaya.
 Formula untuk berjaya, TUKAR kawan.
 Orang yang berjaya sikapnya berbeza. Mereka tak suka komplen. Mentaliti & kesabarannya pun berbeza.
 Orang berjaya pantas buat keputusan & tindakan. Mereka tak terhegeh-hegeh & mereka percaya terhadap apa yang mereka ingin lakukan.
 Orang berjaya sanggup labur duit untuk berjaya.
 Orang berjaya suka bina NETWORKING. Anda adalah siapa kawan anda. Untuk hidup berubah, Upgrade kawan anda. Copy successful person, you’ll be successful.
 Orang berjaya sudah buat keputusan awal untuk mereka berjaya.
 Orang berjaya tidak bertangguh. Fast action fast result. Now or Never. Bisnes adalah tentang kepantasan. It’s all about SPEED.
 Orang berjaya tidak hiraukan kutukan orang lain.
 Orang berjaya selalu FOKUS. Fokus 1 produk, fokus 1 masalah. Bisnes wujud sebab adanya masalah. Di mana ada masalah di situ ada peluang.
 Orang berjaya konsisten & persisten dalam apa yang mereka nak capai.
 Jika kita nak capai satu benda yang kita tak pernah capai, kita kena berani buat perkara yang kita tak pernah buat.
Jika diperhatikan, kebanyakan tips di atas adalah berkenaan dengan Attitude (sikap). Ini kerana untuk membina bisnes bukanlah suatu proses yang sukar jika dibandingkan dengan proses membina sikap untuk menjadi usahawan berjaya.

Semak diri sendiri. Adakah kita mempunyai ciri2 orang berjaya atau sebaliknya

Ikhlas daripada saya

Jumaat, 15 Mei 2015

❤Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun❤

0

❤Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun❤

��JANUARI

# bercita-cita tinggi dan orangnya serius
# suka mendidik dan dididik
# sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
# rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
# suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif ,berfikiran mendalam
# pandai mengambil hati org lain pendiam kecuali telah dirangsang
# agak pemalu
# daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri # badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
# bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
# cukup sayang pd kanak-kanak
# suka duduk rumah
# setia pada segala-galanya
# perlu belajar kemahiran sosial
# cukup cemburu yg sangat tinggi

��FEBRUARI

# berfikiran abstrak
# sukakan benda yang realiti dan abstrak
# inteligent, bijak dan genius
# berpesonality yg mudah berubah
# mudah menawan org lain
# agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
# jujur dan setia pd segalanya
# keras hati untuk mencapai matlamat
# tidak suka dikongkong
# mudah memberontak apabila dikongkong
# suka kegiatan yg lasak
# emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
# mudah mempamirkan marahnya
# tidak suka benda yg remeh-temeh
# suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
# sangat berani dan suka memberontak
# bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
# pemerhatian yg tajam
# suka hiburan dan sukan
# suka benda yg bersifat seni
# sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
# berkecenderungan pd benda yg tahyul
# amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
# belajar untuk mempamirkan emosi

��MAC

# berpesonaliti yg menarik dan menawan
# mudah didampingi
# sgt pemalu dan pemendam rasa
# sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
# sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
#suka pada kedamaian
# sgt peka kepada orang lain
# sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
# tidak cepat marah dan sangat amanah
# tahu balas budi dan tahu kenang budi
# pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
# kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
# suka berangan-angan
# suka melancong
# sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
# kelam kabut dalam memilih pasangan
# suka dgn hiasan rumahtangga
# punya bakat seni dalalm bidang muzik
# kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
# jgn terlalu moody.

��APRIL

# sgt aktif dan dinamik
# cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
# sgt menarik dan pandai manjakan diri
# punya daya mental yg sangat kuat
# suka diberi perhatian
# sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
# sgt berani dan tiada perasaan takut
# suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
# emosi cepat terusik
# try control the emotion
# kecenderungan bersifat dendam
# agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
# kuat daya ingatan
# gerak hati yg sangat kuat
# pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
# berpenyakit disekitar kepala dan dada
# sgt cemburu dan terlalu cemburu

��MEI

# kekerasan hati & degil
# kuat semangat & bermotivasi tinggi
# pemikiran yg tajam
# mudah marah apabila tidak dikawal
# pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
# perasaan yg amat mendalam
# cantik dr segi mental & fizikal
# tidak perlu dimotivasikan
# tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
# mudah dipujuk
# bersikap sistematik (otak kiri)
# suka berangan
# kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
# bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
# daya khayalan yg tinggi
# permikiran yg tajam
# pandai berdebat
# fizikal yg baik
# kelemahan sistem pernafasan
# suka sastera,seni & muzik serta melancong
# tidak berapa suka duduk dirumah
# tidak boleh duduk diam
# tidak punya ramai anak
# rajin dan bersemangat tinggi
# agak boros

��JUN

# berfikiran jauh & berwawasan
# mudah ditawan krn sikap baik
# berperangai yg lemah lembut
# mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
# idea yg terlalu banyak dikepala
# bersikap sensitif
# otaknya aktif (sentiasa ber
fikir)
# sukar melakukan sesuatu dgn segera
# bersikap suka menangguh-nangguh
# bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
# cepat marah & cepat sejuk
# suka bercakap & berdebat
# suka buat lawak & bergurau
# otaknya cerdas berangan-angan
# mudah berkawan & pandai berkawan
# org yg sangat tertib
# pandai mempamerkan sikap
# mudah kecil hati
# mudah kena selsema
# suka berkemas
# cepat rasa bosan
# sikap terlalu memilih & cerewet
# kurang mempamerkan perasaan
# lambat nak sembuh apabila terluka hati
# suka kepada barang yang berjenama
# mudah menjadi eksekutif
# kedegilan yg tidak terkawal
# sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

��JULAI

# Sangat seronok didamping
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# berjiwa sentimental
# jarang berdendam
# mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# tidak suka benda remeh-temeh
# membimbing cara fizikal dan mental
# sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
# layanan yg serupa dgn semua orang
# tinggi daya simpati
# pemerhatian yg tajam
# suka menilai org lain dgn pemerhatian
# mudah dan rajin belajar
# suka muhasabah diri
# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
# suka mendiamkan diri
# suka duduk dirumah
# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# tak agresif kecuali terpaksa
# lemah dari segi kesihatan perut
# mudah gemuk kawal tak kawal diet
# minta disayangi
# mudah terluka hati tapi lambat pulih
# terlalu mengambil berat
# rajin dalam membuat kerja

��OGOS

# suka berlawak
# mudah tertawan kepadanya
# sopan santun dan caring terhadap org lain
# berani dan tidak tahu takut
# orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
# pandai pujuk org lain
# terlalu pemurah & bersikap ego
# nilai harga diri yg sangat tinggi
# dahagakan pujian
# semangat juang yg luar biasa
# cepat marah & mudah mengamuk
# mudah marah apabila cakapnya dilawan
# sangat cemburu
# daya pemerhatian yg tajam & teliti
# cepat berfikir
# fikiran yg berdikari
# suka memimpin & dipimpin
# sifat suka berangan
# berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
# sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
# cepat apabila ditimpa penyakit
# belajar utk relax
# sikap kelam kabut
# romantik ,pengasih,penyayang
# suka mencari kawan

��SEPTEMBER

# sangat bersopan santun & bertolak ansur
# sangat cermat,teliti & teratur
# suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
# pendiam tapi pandai bercakap
# sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
# sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
# kerja yg dilakukan sangat sempurna
# sangat sensitif yg tidak diketahui
# org yg banyak berfikir # otak bijak & mudah belajar
# suka mencari maklumat
# kawal diri dari terlalu mengkritik
# pandai mendorong diri sendiri
# mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan
rahsia
# suka sukan,hiburan & melancong
# kurang menunjukkan perasaannya
# terluka hatinya sangat lama disimpan
# terlalu memilih pasangan
# sukakan benda yg luas
# bersistematik

��OKTOBER

# suka sembang
# suka org yg sayang padanya
# suka ambil jln tengah
# sangat menawan & sopan santun
# kecantikan luar & dalam
# tidak pandai berbohong & berpura-pura
# mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
# sentiasa berkawan
# hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
# cepat marah
# macam pentingkan diri sendiri
# tidak menolong org kecuali diminta
# suka melihat dari perspektifnya sendiri
# tidak suka terima pandangan org lain
# emosi yg mudah terusik
# suka berangan & pandai bercakap
# mosi yg kelam kabut
# daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
# suka melancong,bidang sastera & seni
# pengasih ,penyayang & lemah lembut
# romantik dlm percintaan
# mudah terusik hati & cemburu
# ambil berat tentang org lain
# suka kegiatan luar
# org yg adil
# boros & mudah dipengaruhi persekitaran
# mudah patah semangat

��NOVEMBER

#
banyak idea dalam perkara
# sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
# berfikiran kehadapan
# berfikiran unik dan bijak
# penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa
# pemikiran yg tajam
# daya firasat yg sgt halus dan tinggi
# bagus utk jadi doktor
# cermat dan teliti
# personality dinamik
# sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
# banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra # berani, pemurah setia dan byk kesabaran
# terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
# tak suka marah kecuali digugat
# mudah ambil berat terhadap orang lain
# pandai muhasabah diri
# cara berfikir lain dari org lain
# otak yg sangat tajam
# pandai mendorong diri sendiri
#tidak hargai pujian
# kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
# cuba sampai berjaya
# badan yg tough
# kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
# romantik
# tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
# suka duduk dirumah
# sangat rajin dan berkemampuan tinggi
# amanah, jujur setia dan pandai berahsia
# tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
# bercita-cita tinggi
# perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

��DISEMBER

# Sangat setia dan pemurah
# Bersifat patriotik
# Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
# Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
# Bercita-cita tinggi
# Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
# seronok didampingi
# Suka bercampur dgn org
# Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
# Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
# Tidak pandai berpura-pura
# Cepat marah
# Perangai yg berubah-ubah
# Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggin
# Benci pada kongkongan
# Suka berlawak
# Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik